Sunday, September 6, 2009

Nur Malam

Nur Malam
Album : Saujana
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Renungi alam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Alloh yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Wednesday, September 2, 2009


Ikhlas Lebih Hebat Dari Taufan

Rasulullah s.a.w telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini, di peringkat awal dataran bumi ini dalam keadaan tidak mantap, tanah tanih yg bergelombang bagaikan cecair. lalu Allah s.w.t telah menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi, dengan itu dataran bumi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan juga makhluk-makhluk lain. Setelah itu malaikat bertanya kepada Allah s.w.t, selain dari gunung batu yang pejal itu, masih adakah yang lebih kukuh dan kuat dari batu-batu pejal? Allah s.w.t mamberitahu malaikat, bahawa selain dari batu, ada makhluk lain lagi yang lebih kuat iaitu besi. Besi mempunyai sifat yang sangat keras mangatasi kekerasan batu kerana itu manusia menciptakan berbagai jentera besar daripada besi yang mampu meruntuhkan gunung-gunung batu dan dihancur lumat.
Malaikat bertanya lagi kepada Allah s.w.t, apakah makhluk yang lebih kuat dari besi? Allah s.w.t memberitahu malaikat bahawa api mempunyai kekuatan yang lebih mengatasi besi. Dan dengan kepanasan yang tinggi dapat mencairkan besi.
Kemudian malaikat bertanya kepada Tuhan, apakah makhluk yang gagah dan kuat yang boleh mengatasi kehebatan api? Maka Allah s.w.t memberitahu bahawa air lebih berupaya mengatasi api, terbukti air boleh memadamkan api.
Malaikat terus bertanya, apakah makhluk lain yang boleh mengatasi kekuatan air? Lalu Allah s.w.t menjawab, sesungguhnya angin adalah makluk Allah yang lebih kuat dari air. Sebab itu apabila Allah jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan, ia boleh menggelorakan lautan sehingga air laut melimpah membanjiri daratan, melanda dan memusnahkan segala yang ada di permukaan bumi.
Malaikat masih tidak jemu dan ingin tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih hebat dari segala kejadian itu, Allah s.w.t memberitahu malaikat bahawa masih ada makhluk yang lebih hebat dari semua makhluk yang disebut di atas. Dia ialah seorang yang bersedekah secara senyap, sehingga apabila tangan kanannya menghulur, tangan kirinya tidak mengetahui.
Maksudnya ialah orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata. Dia merahsiakan dari pengetahuan orang lain. Kekuatan menahan dari terbocor kepada pengetahuan orang, dianggap sebagai lebih kukuh daripada batu dan besi.