Tuesday, May 25, 2010

alhamdulillah...

alhamdulillah... itulah ungkapan yg mampu diucapkan apabila bangun dprd tidur.. thanx God.. masih membangkitkan diri hamba-Mu ke dunia, memberi semangat baru, memberi ujian yg menguatkan... perancangan Engkau itulah yg terbaik.. ku mohon keampunan atas kealphaan ku pada jagaku yg lepas.. Ya rabb, Tuhan yg Maha Mengetahui segala isi hati.. Hadirkanlah hatiku dgn perasaan cinta yg utuh hanya kepada-Mu.. Bantulah aku menjalani hidupku yg mendatang.. Janganlah Engkau timpakan ujian seberat Nabi Ayyub, ujian sehebat Sumayyah.. Berikanlah sedikit kekuatan-Mu supaya aku lebih kuat mengharungi mehnah di jalan ini... Ameen..

Saturday, May 22, 2010

Besday ahmad zakuan & luqman amzar




assalamualaikum w.b.t
apa kabar semua? mg2nya sentiasa dlm rahmat & lindungan Allah.. lama rasanya tak update blog.. erm..xsempat...?kurang gemar gunakan perkataan tu sbbnya, allah berikan masa yg sama dan cukup utk setiap makhluk-Nya..
Pejam celik, pejam celik....dah mencecah setahun umur anak2 buah saya yg hensem tu...ahmad zakuan dan luqman amzar.. mujahid2 saya yg semakin membesar.. masih suci dan bersih peribadinya..
Tanggal ulang tahun kelahiran ahmad zakuan (23april2010) jugak dimeriahkan lagi dgn kelahiran puteri yg baru... cucu kpd ruzalle+patimah yg ke-20...syukur alhamdulillah, terima kasih yg tak terhingga kpd Yg Maha Memberi Rezeki atas zuriat yg dikurniakan.. rezeki Allah tu dtg dari arah yg tak disangka2... QS 65;3

Friday, October 2, 2009

sejenak di pantai timur...











bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah, shalawat dan salam semoga tercurahkan kpd imamnya para muttaqin, pemimpin para mujahid, junjungan kami Muhammad s.a.w, sbgai nabi yg ummi, kekasih Allah. Juga semoga tercurahkan kepada keluarga, sahabat dan orang2 yg mengikuti petunjuknya hingga hari kiamat..
"dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-nya serta org2 yg beriman akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kpada Allah yg mengetahui yg ghaib dan yg nyata lalu diberitakannya kepada kamu apa yg telah kamu kerjakan.."
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Setinggi keampunan kupohonkan atas kealphaan, ketidaksyukuran.. Insan yg lemah ini sentiasa mengeluh dgn takdir-Mu ya Allah... Kewajipanku terhadap-Mu tidak pernah dipenuhi sekehendak-Mu.. Celakalah diriku tatkala tidak menerima kerahmatan dari-Mu..
Ramadhan telah berlalu hampir setengah bulan yg lalu.. Adakah bulan pentarbiyahhan itu berjaya membentuk diri yg sentiasa redha dgn qada' dan qadarnya? beriman dgn sepenuh2 keyakinan terhadap khaliq kita? Doa dipanjatkan agar setiap saat yg diberikan oleh Yg Maha Pemurah dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan mendapat keredhaan dari-Nya.
Sedar tidak sedar sudah hampir 2 bulan kaki berpijak di bumi Allah di pantai timur ini. hampir setiap hari ke hospital Usm untuk melaksanakan tanggungjawab menuntut ilmu. sudah 5 unit farmasi di attached. bermula dgn satelite farmacy, Oncology, Drug info Unit (DIU), Out-patient department (OPD) dan farmacy management. akan datang ; therapeutic drug monitoring (TDM), dan total parenteral nutrition (TPN). Antum boleh agak apa function setiap unit tersebut? kalau nak diterangkan setiap satu boleh buat satu buku tebal... hehe.. tapi yg pasti, setiap unit tersebut membekalkan drug (ubat) atau pun maklumat drug kepada semua patient di HUSM dan juga staff. sebagai contoh, bahagian oncology ; pusat yang menyediakan drug untuk pesakit cancer. setiap drug utk cancer patient adalah cytotoxic drug. means ia sangat toxic kepada manusia, cell.. penyediaan ubatnya sangat teliti dari segi keselamatan setiap staf dan juga org awam. setiap drug perlu di steriled agar tidak contaminated. pokok pangkalnya, setiap ubat di unit farmacy perlu sangat teliliti dari semua segi supaya tidak tersilap dispensed kpd patient, dose yang sesuai, masa pengambilan ubat yg betul, dan kami perlu pastikan patient compliance kpd ubat yg diambil.. sekiranya doktor, staff, atau sesiapa yg mendapat masalah berkaitan dose atau ubat untuk pesakit, mereka akan menghubungi DIU untuk dapatkan maklumat yg tepat berkaitan ubat.. sangat banyak ubat di unit farmacy. 90% budget pihak universiti diperuntukkan kepada hospital, dan 90 % drpd jumlah tersebut disalurkan kepada bahagian farmacy. dan 90% drpdnya adalah untuk pembekalan ubat2. subhanaalah... bayangkan betapa banyak perbelanjaan untuk rakyat malaysia yg bergelar pesakit. itu baru di kubang kerian, kalau di seluruh malaysia? apakah puncanya begitu banyak penyakit dan banyak jugak penghidapnya? mungkin antum dan ana sendiri boleh kaji penyebab utama hal ini terjadi.
Asyik berbincang tentang hospital, kita cerita pasal perkara lain pulak. makanan di kelantan? ..... tapi banyak tempat yg menarik di kawasan pantai timur ni.. 2nd week, travel ke terengganu.. pantai dan laut yg sgt indah ciptaan Allah terhampar begitu luas. perjalanan bermula seawal 4pagi.. bayangkan malamnya tidur hampir jam 2pagi..huhu.. pagi tu menuju ke kota bharu untuk menjemput seorang backup driver... dan terus bertolak ke negeri jiran. sempat singgah bersahur di warung tepi jalan.. kemudian solat subuh di masjid tempat berkumpul ulama' malaysia di besut.. kemudian menyelusuri persisiran pantai utk menuju ke destinasi.. meluangkan masa singgah di pantai penarek utk menikmati pemandangan matahari terbit.. subhanaallah.. sangat2 indah... selepas hampir 3 jam perjalanan baru tiba ke destinasi yg dituju. lebih kurang jam 8pagi..
tak jemu ke pantai di terengganu, kami ambil kesempatan untuk mengunjungi pantai yg lebih dekat dgn kubang kerian.. pantai irama di bachok.. bertolak selepas asar.. dgn keadaan kereta sewa yg agak menyedihkan, perjalanan m'jadi agak lama.. lebih 30 minit. kereta hanya bole pecut sekitar 60 km/j. malam sebelum tu, kami menikmati keindahan mlm di bandar kota bharu.. jalan2 cari makan.. selepas berbuka dgn seteguk air dan sebiji burger yg dikongsi 3org, agak menyelerakan dan menyeronokkan, kami solat maghrib di masjid bersebelahan pasar siti khadijah. kemudian ke KB mall utk menjemput kawan2 yg membeli-belah di situ.. selepas itu, baru mencari medan selera.. mencari2 tempat makan yg sedap utk melepaskan kempunan kami menjamah makanan yg enak selama tinggal di hostel. akhirnya setelah berpusing2 beberapa kali di KB, terjumpa kedai makan di pusat kraftangan berhampiran masjid muhammadi. alhamdulillah, makanan yg sgt menyelarakan w/pun hanya makan tomyam, sup, dan nc goreng pataya yg biasa kami dapati di penang..
malam yg hening diserikan dgn sesi bergambar berdekatan kawasan tersebut. kami semua sangat gembira pd mlam tersebut.. dalam perjalanan balik, singgah pula di pasaraya bilal utk membeli-belah. setelah selesai, kami mengisi perut sekali lagi di Eedie Fried Chicken (EFC). bukan KFC ye...
indahnya... hidup ini... bila kita merasai kecintaan Allah dgn menikmati keindahan ciptaan dan sentiasa mengagungkan kebesaran-Nya.. semuanya ibadah insyaalah..

Sunday, September 6, 2009

Nur Malam

Nur Malam
Album : Saujana
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Renungi alam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Alloh yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Wednesday, September 2, 2009


Ikhlas Lebih Hebat Dari Taufan

Rasulullah s.a.w telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini, di peringkat awal dataran bumi ini dalam keadaan tidak mantap, tanah tanih yg bergelombang bagaikan cecair. lalu Allah s.w.t telah menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi, dengan itu dataran bumi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan juga makhluk-makhluk lain. Setelah itu malaikat bertanya kepada Allah s.w.t, selain dari gunung batu yang pejal itu, masih adakah yang lebih kukuh dan kuat dari batu-batu pejal? Allah s.w.t mamberitahu malaikat, bahawa selain dari batu, ada makhluk lain lagi yang lebih kuat iaitu besi. Besi mempunyai sifat yang sangat keras mangatasi kekerasan batu kerana itu manusia menciptakan berbagai jentera besar daripada besi yang mampu meruntuhkan gunung-gunung batu dan dihancur lumat.
Malaikat bertanya lagi kepada Allah s.w.t, apakah makhluk yang lebih kuat dari besi? Allah s.w.t memberitahu malaikat bahawa api mempunyai kekuatan yang lebih mengatasi besi. Dan dengan kepanasan yang tinggi dapat mencairkan besi.
Kemudian malaikat bertanya kepada Tuhan, apakah makhluk yang gagah dan kuat yang boleh mengatasi kehebatan api? Maka Allah s.w.t memberitahu bahawa air lebih berupaya mengatasi api, terbukti air boleh memadamkan api.
Malaikat terus bertanya, apakah makhluk lain yang boleh mengatasi kekuatan air? Lalu Allah s.w.t menjawab, sesungguhnya angin adalah makluk Allah yang lebih kuat dari air. Sebab itu apabila Allah jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan, ia boleh menggelorakan lautan sehingga air laut melimpah membanjiri daratan, melanda dan memusnahkan segala yang ada di permukaan bumi.
Malaikat masih tidak jemu dan ingin tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih hebat dari segala kejadian itu, Allah s.w.t memberitahu malaikat bahawa masih ada makhluk yang lebih hebat dari semua makhluk yang disebut di atas. Dia ialah seorang yang bersedekah secara senyap, sehingga apabila tangan kanannya menghulur, tangan kirinya tidak mengetahui.
Maksudnya ialah orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata. Dia merahsiakan dari pengetahuan orang lain. Kekuatan menahan dari terbocor kepada pengetahuan orang, dianggap sebagai lebih kukuh daripada batu dan besi.