Friday, October 2, 2009

sejenak di pantai timur...











bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah, shalawat dan salam semoga tercurahkan kpd imamnya para muttaqin, pemimpin para mujahid, junjungan kami Muhammad s.a.w, sbgai nabi yg ummi, kekasih Allah. Juga semoga tercurahkan kepada keluarga, sahabat dan orang2 yg mengikuti petunjuknya hingga hari kiamat..
"dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-nya serta org2 yg beriman akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kpada Allah yg mengetahui yg ghaib dan yg nyata lalu diberitakannya kepada kamu apa yg telah kamu kerjakan.."
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Setinggi keampunan kupohonkan atas kealphaan, ketidaksyukuran.. Insan yg lemah ini sentiasa mengeluh dgn takdir-Mu ya Allah... Kewajipanku terhadap-Mu tidak pernah dipenuhi sekehendak-Mu.. Celakalah diriku tatkala tidak menerima kerahmatan dari-Mu..
Ramadhan telah berlalu hampir setengah bulan yg lalu.. Adakah bulan pentarbiyahhan itu berjaya membentuk diri yg sentiasa redha dgn qada' dan qadarnya? beriman dgn sepenuh2 keyakinan terhadap khaliq kita? Doa dipanjatkan agar setiap saat yg diberikan oleh Yg Maha Pemurah dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan mendapat keredhaan dari-Nya.
Sedar tidak sedar sudah hampir 2 bulan kaki berpijak di bumi Allah di pantai timur ini. hampir setiap hari ke hospital Usm untuk melaksanakan tanggungjawab menuntut ilmu. sudah 5 unit farmasi di attached. bermula dgn satelite farmacy, Oncology, Drug info Unit (DIU), Out-patient department (OPD) dan farmacy management. akan datang ; therapeutic drug monitoring (TDM), dan total parenteral nutrition (TPN). Antum boleh agak apa function setiap unit tersebut? kalau nak diterangkan setiap satu boleh buat satu buku tebal... hehe.. tapi yg pasti, setiap unit tersebut membekalkan drug (ubat) atau pun maklumat drug kepada semua patient di HUSM dan juga staff. sebagai contoh, bahagian oncology ; pusat yang menyediakan drug untuk pesakit cancer. setiap drug utk cancer patient adalah cytotoxic drug. means ia sangat toxic kepada manusia, cell.. penyediaan ubatnya sangat teliti dari segi keselamatan setiap staf dan juga org awam. setiap drug perlu di steriled agar tidak contaminated. pokok pangkalnya, setiap ubat di unit farmacy perlu sangat teliliti dari semua segi supaya tidak tersilap dispensed kpd patient, dose yang sesuai, masa pengambilan ubat yg betul, dan kami perlu pastikan patient compliance kpd ubat yg diambil.. sekiranya doktor, staff, atau sesiapa yg mendapat masalah berkaitan dose atau ubat untuk pesakit, mereka akan menghubungi DIU untuk dapatkan maklumat yg tepat berkaitan ubat.. sangat banyak ubat di unit farmacy. 90% budget pihak universiti diperuntukkan kepada hospital, dan 90 % drpd jumlah tersebut disalurkan kepada bahagian farmacy. dan 90% drpdnya adalah untuk pembekalan ubat2. subhanaalah... bayangkan betapa banyak perbelanjaan untuk rakyat malaysia yg bergelar pesakit. itu baru di kubang kerian, kalau di seluruh malaysia? apakah puncanya begitu banyak penyakit dan banyak jugak penghidapnya? mungkin antum dan ana sendiri boleh kaji penyebab utama hal ini terjadi.
Asyik berbincang tentang hospital, kita cerita pasal perkara lain pulak. makanan di kelantan? ..... tapi banyak tempat yg menarik di kawasan pantai timur ni.. 2nd week, travel ke terengganu.. pantai dan laut yg sgt indah ciptaan Allah terhampar begitu luas. perjalanan bermula seawal 4pagi.. bayangkan malamnya tidur hampir jam 2pagi..huhu.. pagi tu menuju ke kota bharu untuk menjemput seorang backup driver... dan terus bertolak ke negeri jiran. sempat singgah bersahur di warung tepi jalan.. kemudian solat subuh di masjid tempat berkumpul ulama' malaysia di besut.. kemudian menyelusuri persisiran pantai utk menuju ke destinasi.. meluangkan masa singgah di pantai penarek utk menikmati pemandangan matahari terbit.. subhanaallah.. sangat2 indah... selepas hampir 3 jam perjalanan baru tiba ke destinasi yg dituju. lebih kurang jam 8pagi..
tak jemu ke pantai di terengganu, kami ambil kesempatan untuk mengunjungi pantai yg lebih dekat dgn kubang kerian.. pantai irama di bachok.. bertolak selepas asar.. dgn keadaan kereta sewa yg agak menyedihkan, perjalanan m'jadi agak lama.. lebih 30 minit. kereta hanya bole pecut sekitar 60 km/j. malam sebelum tu, kami menikmati keindahan mlm di bandar kota bharu.. jalan2 cari makan.. selepas berbuka dgn seteguk air dan sebiji burger yg dikongsi 3org, agak menyelerakan dan menyeronokkan, kami solat maghrib di masjid bersebelahan pasar siti khadijah. kemudian ke KB mall utk menjemput kawan2 yg membeli-belah di situ.. selepas itu, baru mencari medan selera.. mencari2 tempat makan yg sedap utk melepaskan kempunan kami menjamah makanan yg enak selama tinggal di hostel. akhirnya setelah berpusing2 beberapa kali di KB, terjumpa kedai makan di pusat kraftangan berhampiran masjid muhammadi. alhamdulillah, makanan yg sgt menyelarakan w/pun hanya makan tomyam, sup, dan nc goreng pataya yg biasa kami dapati di penang..
malam yg hening diserikan dgn sesi bergambar berdekatan kawasan tersebut. kami semua sangat gembira pd mlam tersebut.. dalam perjalanan balik, singgah pula di pasaraya bilal utk membeli-belah. setelah selesai, kami mengisi perut sekali lagi di Eedie Fried Chicken (EFC). bukan KFC ye...
indahnya... hidup ini... bila kita merasai kecintaan Allah dgn menikmati keindahan ciptaan dan sentiasa mengagungkan kebesaran-Nya.. semuanya ibadah insyaalah..

Sunday, September 6, 2009

Nur Malam

Nur Malam
Album : Saujana
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Renungi alam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Alloh yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Wednesday, September 2, 2009


Ikhlas Lebih Hebat Dari Taufan

Rasulullah s.a.w telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini, di peringkat awal dataran bumi ini dalam keadaan tidak mantap, tanah tanih yg bergelombang bagaikan cecair. lalu Allah s.w.t telah menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi, dengan itu dataran bumi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan juga makhluk-makhluk lain. Setelah itu malaikat bertanya kepada Allah s.w.t, selain dari gunung batu yang pejal itu, masih adakah yang lebih kukuh dan kuat dari batu-batu pejal? Allah s.w.t mamberitahu malaikat, bahawa selain dari batu, ada makhluk lain lagi yang lebih kuat iaitu besi. Besi mempunyai sifat yang sangat keras mangatasi kekerasan batu kerana itu manusia menciptakan berbagai jentera besar daripada besi yang mampu meruntuhkan gunung-gunung batu dan dihancur lumat.
Malaikat bertanya lagi kepada Allah s.w.t, apakah makhluk yang lebih kuat dari besi? Allah s.w.t memberitahu malaikat bahawa api mempunyai kekuatan yang lebih mengatasi besi. Dan dengan kepanasan yang tinggi dapat mencairkan besi.
Kemudian malaikat bertanya kepada Tuhan, apakah makhluk yang gagah dan kuat yang boleh mengatasi kehebatan api? Maka Allah s.w.t memberitahu bahawa air lebih berupaya mengatasi api, terbukti air boleh memadamkan api.
Malaikat terus bertanya, apakah makhluk lain yang boleh mengatasi kekuatan air? Lalu Allah s.w.t menjawab, sesungguhnya angin adalah makluk Allah yang lebih kuat dari air. Sebab itu apabila Allah jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan, ia boleh menggelorakan lautan sehingga air laut melimpah membanjiri daratan, melanda dan memusnahkan segala yang ada di permukaan bumi.
Malaikat masih tidak jemu dan ingin tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih hebat dari segala kejadian itu, Allah s.w.t memberitahu malaikat bahawa masih ada makhluk yang lebih hebat dari semua makhluk yang disebut di atas. Dia ialah seorang yang bersedekah secara senyap, sehingga apabila tangan kanannya menghulur, tangan kirinya tidak mengetahui.
Maksudnya ialah orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata. Dia merahsiakan dari pengetahuan orang lain. Kekuatan menahan dari terbocor kepada pengetahuan orang, dianggap sebagai lebih kukuh daripada batu dan besi.

Monday, August 17, 2009

Bakal classmate...


assalamualaikum w.b.t
percaya tak mereka ni akan jadi classmate bila sekolah nanti.hehe..insya-Allah.
semuanya cucu ruzalle yg lahir pada tahun yg 2009.. 2 bodyguard yg cool mengapit 2 org puteri.
Anak adalah anugerah Allah yg lebih suci dari kain putih. ibu bapa lah bakal yg mencorakkan kehidupan mereka. Mereka inilah yg bakal menyambung rantai-rantai perjuangan rasulullah kelak.. Memimpin keluarga & ummah.Mujahid dan mujahidah yg soleh & solehah yg bisa membahagiakan ibubapa & keluarga di dunia & akhirat kelak..insya Allah..


"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)



Sunday, August 16, 2009

Tahajud Cinta


"Jadikanlah luka itu sebagai penerang cahaya dalam kegelapan, jadikan luka sebagai pendorong hidupmu. Tengoklah orang-orang hebat yang berjaya. Mereka banyak menabung luka hingga tidak terhitung jumlahnya."
" Dgn mghadap ke arah kiblat mereka bertiga khusyu' melaksanakan solat tahajjud. kalimat-kalimat suci menghias bibir mereka. demikian juga dgn Lycen Cee; yg demikian menegelamkan segenap rasa & fikirannya pada telaga suci yg dalam, dalam.... nun jauh di dasar kedalaman, hingga dia merasakan seakan jiwanya berada pada genggaman tangan-Nya. di situ dia panjatkan segalanya. dia titipkan segala keresahan kepada-Nya. dia titipkan gelora fitrah cintanya untuk disampaikan kepada jiwa yg kini sedang berada di tepian telaga suci; antara jatuh dan bertahan. sungguh manusia sungguh lemah, hina dan tidak berbuat, tanpa pertolongan Allah"

Saturday, August 15, 2009

Al-Hijamah

HIJAMAH DARI SEGI SUNNAH


Pada malam aku di Israkkan ; aku telah melalui sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata “Wahai Muhammad ; suruhlah umatmu melakukan hijamah”.(Ibnu Majah Tarmidzi)

Aku diberitahu Jibril bahawa hijamah adalah cara pengubatan paling bermanfaat untuk manusia.(Shahihul – Jami 218)

Dari Ibnu Abbas r.a ; Penyembuhan itu ada dalam tiga hal ; dalam sayatan alat hijamah; minum madu atau sundutan dengan api; Namun aku melarang umatmu melakukan sundutan api.(Riwayat Bukhari)

Dari Jabir bin Abdullah r.a dari Al- Muqanan: ‘Aku tidak akan meninggalkan tempat ini sebelum diubati dengan hijamah kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda “ Sesungguhnya di dalamnya ada penyembuhan” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Dari Anas r.a: Sesungguhnya cara pengubatan kalian yang paling baik ialah hijamah dan menggunakan al-qusthulbahri (Sejenis tanaman perlu yang boleh digunakan untuk ubat. Juga dikenali dengan nama Al-Udul –hindi)

Diriwayatkan oleh Anas r.a Rasulullah s.a.w pernah berubat dengan hijamah dan baginda tidak pernah menzalimi seorang pun sehubungan dengan upahnya. (Bukhari 2278, Muslim 1202)

Dari Ibnu Abbas r.a Nabi s.a.w. pernah berubat dengan hijamah dan baginda memberikan upah kepada Penghijamah. Sekiranya baginda mengetahui kemakhruhannya, tentu baginda tidak akan memberikannya. (Bukhari 2276, Muslim 1202)

Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah hijamah (Ahmad ; Asy –Syaikany)

Pengubatan yang paling baik yang kamu lakukan adalah hijamah (Bukhari, Muslim)

Rinduku pada ramadhan

Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku
-iluvislam.com-

Wanita Ibarat Epal

Wanita itu ibarat epal.

Epal yg tidak berkualiti..amat mudah diperolehi kerana ia
berguguran ditanah...

Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak..
Susah dipetik, susah di gapai.

Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik.
Lantas ia merendahkan martabatnya dan
menggugurkan diri menyembah tanah..

Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu
tinggi martabatnya..

Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya..
sehingga tak ada yg berani memetiknya.

Hanya pemuda yg benar2 hebat
saja yang bisa memperolehinya.

Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat?

Biarlah jodohnya bukan didunia... asalkan
cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di
taman dunia kan?

Tp lebih bermakna bila ALLAH sendiri
yg mengarahkan hamba yg disayanginya untuk memetik di
taman akhirat kelak."

Saturday, June 20, 2009

Nor Qisya Humaira'

tak sabar nak balik umah... nama anak buah yg ke-17 Nor Qisya Humaira'.. sedap x? hehe.. insya-allah dlm 1minggu lagi boleh balik.. sebelum bukak semester baru.. nak bagi hadiah apa yek... tgkla nanti, mungkin beli di johor je.. setiap kali balik rumah mesti ada pertambahan.. tak kesahla dari segi apa..org ke, rumah ke, kereta ke..huhu.. keluarga dah makin besar.. aku pun dah makin besar.. mostly adk-beradik nikah area 23 tahun.. sebab tu dah ade anak buah ramai.. setiap tahun dapat yg baru.. tak taula bila tiba masa aku..takde pun yg masuk minang..huhuhu..baby yg ni mesti cute..macam makcik die...hehe.. mis u so much..

Friday, June 19, 2009

jadi orang paling bahagia...

alhamdulillah........
kurafakkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi...
tanggal 19Jun2009, tambah lagi seorg anak buah.. m'jadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17 org.... huhu. lbh 1 pasukan bola sepak..comin soon ada lagi seorg. tahun ni jer dapat 3 org.. beruntung jadi ank yg last2.. muda2 dh jadi makcik.. rezeki Allah... di mana2 sahaja.
Sedey sebab tak dapat balik tengok.. awal bulan depan baru dapat pulang ke kg halaman.. lumrah hidup di perantauan.. huhuhu.. takdela jauh sgt. dlm negara je. tapi setiap kali nak balik, kena consider banyak perkara..masa, wang ringgit, tenaga...
tapi, alhamdulillah.. dapat peluang hidup berdikari... dapat mentarbiyyah diri, ditarbiyyah...subhanaallah..

Thursday, June 18, 2009

Biar Terlihat Tidak Punya Apa...

bila bersandar pada makhluk-NYA, tika terpisah rasa kehilangan, tika terasing rasa ditinggalkan,jiwa menderita gelisah sentiasa. biar bersandar pada Tuhan, merasai cukup hanya dengan-NYA. biar terlihat tidak punya apa, tapi hati penuh dengan rasa, rasa kasih dan cinta Ilahi, menjadi cahaya penyejuk jiwa...
assalamualaikum w.b.t


baru berkenalan dgn blog...

takde apa sangat nk dikongsikan..

cume hari ni terasa agak sunyi..walaupun xbyk sgt aktiviti, tapi badan sgt letih. setengah hari habiskan masa depan laptop. ptg dan malam pulak, berjuang untuk meningkatkan prestasi akademik ummah. hari ni mengajar tusyen di 2 tempat yg berbeza. agak meletihkan.

sebuah impian...