Saturday, August 15, 2009

Al-Hijamah

HIJAMAH DARI SEGI SUNNAH


Pada malam aku di Israkkan ; aku telah melalui sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata “Wahai Muhammad ; suruhlah umatmu melakukan hijamah”.(Ibnu Majah Tarmidzi)

Aku diberitahu Jibril bahawa hijamah adalah cara pengubatan paling bermanfaat untuk manusia.(Shahihul – Jami 218)

Dari Ibnu Abbas r.a ; Penyembuhan itu ada dalam tiga hal ; dalam sayatan alat hijamah; minum madu atau sundutan dengan api; Namun aku melarang umatmu melakukan sundutan api.(Riwayat Bukhari)

Dari Jabir bin Abdullah r.a dari Al- Muqanan: ‘Aku tidak akan meninggalkan tempat ini sebelum diubati dengan hijamah kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda “ Sesungguhnya di dalamnya ada penyembuhan” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Dari Anas r.a: Sesungguhnya cara pengubatan kalian yang paling baik ialah hijamah dan menggunakan al-qusthulbahri (Sejenis tanaman perlu yang boleh digunakan untuk ubat. Juga dikenali dengan nama Al-Udul –hindi)

Diriwayatkan oleh Anas r.a Rasulullah s.a.w pernah berubat dengan hijamah dan baginda tidak pernah menzalimi seorang pun sehubungan dengan upahnya. (Bukhari 2278, Muslim 1202)

Dari Ibnu Abbas r.a Nabi s.a.w. pernah berubat dengan hijamah dan baginda memberikan upah kepada Penghijamah. Sekiranya baginda mengetahui kemakhruhannya, tentu baginda tidak akan memberikannya. (Bukhari 2276, Muslim 1202)

Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah hijamah (Ahmad ; Asy –Syaikany)

Pengubatan yang paling baik yang kamu lakukan adalah hijamah (Bukhari, Muslim)

No comments:

Post a Comment