Friday, October 2, 2009

sejenak di pantai timur...











bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah, shalawat dan salam semoga tercurahkan kpd imamnya para muttaqin, pemimpin para mujahid, junjungan kami Muhammad s.a.w, sbgai nabi yg ummi, kekasih Allah. Juga semoga tercurahkan kepada keluarga, sahabat dan orang2 yg mengikuti petunjuknya hingga hari kiamat..
"dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-nya serta org2 yg beriman akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kpada Allah yg mengetahui yg ghaib dan yg nyata lalu diberitakannya kepada kamu apa yg telah kamu kerjakan.."
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Setinggi keampunan kupohonkan atas kealphaan, ketidaksyukuran.. Insan yg lemah ini sentiasa mengeluh dgn takdir-Mu ya Allah... Kewajipanku terhadap-Mu tidak pernah dipenuhi sekehendak-Mu.. Celakalah diriku tatkala tidak menerima kerahmatan dari-Mu..
Ramadhan telah berlalu hampir setengah bulan yg lalu.. Adakah bulan pentarbiyahhan itu berjaya membentuk diri yg sentiasa redha dgn qada' dan qadarnya? beriman dgn sepenuh2 keyakinan terhadap khaliq kita? Doa dipanjatkan agar setiap saat yg diberikan oleh Yg Maha Pemurah dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan mendapat keredhaan dari-Nya.
Sedar tidak sedar sudah hampir 2 bulan kaki berpijak di bumi Allah di pantai timur ini. hampir setiap hari ke hospital Usm untuk melaksanakan tanggungjawab menuntut ilmu. sudah 5 unit farmasi di attached. bermula dgn satelite farmacy, Oncology, Drug info Unit (DIU), Out-patient department (OPD) dan farmacy management. akan datang ; therapeutic drug monitoring (TDM), dan total parenteral nutrition (TPN). Antum boleh agak apa function setiap unit tersebut? kalau nak diterangkan setiap satu boleh buat satu buku tebal... hehe.. tapi yg pasti, setiap unit tersebut membekalkan drug (ubat) atau pun maklumat drug kepada semua patient di HUSM dan juga staff. sebagai contoh, bahagian oncology ; pusat yang menyediakan drug untuk pesakit cancer. setiap drug utk cancer patient adalah cytotoxic drug. means ia sangat toxic kepada manusia, cell.. penyediaan ubatnya sangat teliti dari segi keselamatan setiap staf dan juga org awam. setiap drug perlu di steriled agar tidak contaminated. pokok pangkalnya, setiap ubat di unit farmacy perlu sangat teliliti dari semua segi supaya tidak tersilap dispensed kpd patient, dose yang sesuai, masa pengambilan ubat yg betul, dan kami perlu pastikan patient compliance kpd ubat yg diambil.. sekiranya doktor, staff, atau sesiapa yg mendapat masalah berkaitan dose atau ubat untuk pesakit, mereka akan menghubungi DIU untuk dapatkan maklumat yg tepat berkaitan ubat.. sangat banyak ubat di unit farmacy. 90% budget pihak universiti diperuntukkan kepada hospital, dan 90 % drpd jumlah tersebut disalurkan kepada bahagian farmacy. dan 90% drpdnya adalah untuk pembekalan ubat2. subhanaalah... bayangkan betapa banyak perbelanjaan untuk rakyat malaysia yg bergelar pesakit. itu baru di kubang kerian, kalau di seluruh malaysia? apakah puncanya begitu banyak penyakit dan banyak jugak penghidapnya? mungkin antum dan ana sendiri boleh kaji penyebab utama hal ini terjadi.
Asyik berbincang tentang hospital, kita cerita pasal perkara lain pulak. makanan di kelantan? ..... tapi banyak tempat yg menarik di kawasan pantai timur ni.. 2nd week, travel ke terengganu.. pantai dan laut yg sgt indah ciptaan Allah terhampar begitu luas. perjalanan bermula seawal 4pagi.. bayangkan malamnya tidur hampir jam 2pagi..huhu.. pagi tu menuju ke kota bharu untuk menjemput seorang backup driver... dan terus bertolak ke negeri jiran. sempat singgah bersahur di warung tepi jalan.. kemudian solat subuh di masjid tempat berkumpul ulama' malaysia di besut.. kemudian menyelusuri persisiran pantai utk menuju ke destinasi.. meluangkan masa singgah di pantai penarek utk menikmati pemandangan matahari terbit.. subhanaallah.. sangat2 indah... selepas hampir 3 jam perjalanan baru tiba ke destinasi yg dituju. lebih kurang jam 8pagi..
tak jemu ke pantai di terengganu, kami ambil kesempatan untuk mengunjungi pantai yg lebih dekat dgn kubang kerian.. pantai irama di bachok.. bertolak selepas asar.. dgn keadaan kereta sewa yg agak menyedihkan, perjalanan m'jadi agak lama.. lebih 30 minit. kereta hanya bole pecut sekitar 60 km/j. malam sebelum tu, kami menikmati keindahan mlm di bandar kota bharu.. jalan2 cari makan.. selepas berbuka dgn seteguk air dan sebiji burger yg dikongsi 3org, agak menyelerakan dan menyeronokkan, kami solat maghrib di masjid bersebelahan pasar siti khadijah. kemudian ke KB mall utk menjemput kawan2 yg membeli-belah di situ.. selepas itu, baru mencari medan selera.. mencari2 tempat makan yg sedap utk melepaskan kempunan kami menjamah makanan yg enak selama tinggal di hostel. akhirnya setelah berpusing2 beberapa kali di KB, terjumpa kedai makan di pusat kraftangan berhampiran masjid muhammadi. alhamdulillah, makanan yg sgt menyelarakan w/pun hanya makan tomyam, sup, dan nc goreng pataya yg biasa kami dapati di penang..
malam yg hening diserikan dgn sesi bergambar berdekatan kawasan tersebut. kami semua sangat gembira pd mlam tersebut.. dalam perjalanan balik, singgah pula di pasaraya bilal utk membeli-belah. setelah selesai, kami mengisi perut sekali lagi di Eedie Fried Chicken (EFC). bukan KFC ye...
indahnya... hidup ini... bila kita merasai kecintaan Allah dgn menikmati keindahan ciptaan dan sentiasa mengagungkan kebesaran-Nya.. semuanya ibadah insyaalah..

1 comment: